Karangan Ulasan PT3
Ulasan PT3
Cara mengurangkan kemalangan
Cara mengurangkan kemalangan
Sejak akhir-akhir ini, kemalangan jalan raya sering berlaku di mana-mana sama ada di lebuh raya mahupun di jalan-jalan kecil. Terdapat banyak cara untuk mengurangkan kemalangan jalan raya. Salah satunya ialah menambah baik kandungan pelajaran dan prosedur sekolah memandu. Hal ini akan menyebabkan para pengguna jalan raya lebih berhati-hati ketika memandu kerana mereka telah dilatih dengan baik di sekolah memandu. Selain itu, pihak kerajaan melalui Kementerian Pengangkutan perlu melancarkan kempen kesedaran secara besar-besaran. Dengan ini, kerajaan dapat memberi kesedaran kepada para pengguna jalan raya tentang cara mengurangkan kemalangan. Di samping itu, kerajaan perlu menguatkuasakan undang-undang dengan lebih tegas. Salah satu daripada tindakan tegas yang boleh diambil adalah dengan meningkatkan kadar saman bagi pesalah trafik supaya mereka takut melakukan kesalahan. Kesimpulannya, kita perlulah bekerjasama untuk memastikan kadar kemalangan berkurangan.
Comments
Post a Comment